Daerah Rompin terletak di bahagian selatan negeri Pahang, bersempadan dengan negeri Johor Darul Takzim.Kuala Rompin pada asalnya sebuah perkampungan nelayan.Sejarah namanya dikaitkan dengan pokok ru atau cemara yang tumbuh sepanjang pantai di Rompin. Antara banyak pokok ru yang ada, terdapat sebatang pokok ru yang besar dan tinggi.Yang anehnya pokok tersebut ramping di tengahnya.Hal ini manghairankan penduduk tempatan dan cerita ini menjadi buah mulut orang.
Ada yang menganggap keganjilan ini sesuai dijadikan penempatan. Semenjak itu, tempat itu dikenali dengan nama Ru Ramping.Oleh kerana namanya panjang,penduduk memendekkan kepada Rumping.Disebabkan dialek tempatan perkataan Rumping menjadi Rumpin dan dieja 'Rompin'.
Bandar yang kemudiannya terbangun di Sungai Rompin ini diberi nama Kuala Rompin.Bandar Kuala Rompin dipercayai dibuka oleh Datuk Pahlawan Ahmad pada tahun 1888.Beliau adalah seorang yang amat berjasa kepada Sultan Pahang pada masa itu. Oleh kerana jasa belia Sultan menganugerahkan Datuk Pahlawan Ahmad untuk menjaga dan membangunkan Kuala Rompin pada masa itu.
No comments:
Post a Comment